Majlis Apresiasi Kerjasama Strategik MCMC – PDRM Johor dan Taklimat Kesedaran Keselamatan
22 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniMajlis Apresiasi Kerjasama Strategik MCMC – PDRM Johor telah dilaksanakan pada 21 Januari 2026 bersamaan hari Rabu. Kerjasama ini turut melibatkan petugas NADI dari semua daerah di negeri Johor serta NGO seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Majlis ini berlangsung dengan acara penuh gemilang di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru yang disempurnakan oleh YDH CP Datuk Ab Rahaman bin Arsad selaku Ketua Polis Johor.
Majlis ini diadakan sempena penghargaan atas kejayaan pihak PDRM dan NADI dalam menyelesaikan isu pecah masuk NADI yang berlaku pada tahun 2025. Di samping itu, Taklimat Kesedaran Keselamatan turut disampaikan oleh pihak PDRM Johor berkaitan dengan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan e-Invois dari pihak LHDN Johor. Acara yang berlangsung pada jam 10.00 pagi ini berakhir sepenuhnya pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: